ISMAIL BIN DAUD
D20102043826
Bahasa Melayu penulisan penting kerana ia merupakan mata pelajaran teras dalam peperiksaan.Murid-murid memerlukan kemahiran pembinaan struktur ayat yang betul supaya ayat menjadi gramatis.Namun dalam membina ayat yang betul dan gramatis,peranan tanda baca tidak boleh diketepikan.Tanda baca memainkan peranan yang amat penting dalam penulisan kerana kesalahan penggunaan tanda baca akan menyebabkan kesalahan dari segi struktur dan maksud sesuatu ayat.Oleh itu,kita menggunakan tanda-tanda baca yang betul agar tuliasan kita dapat difahami orang dengan baik.
Tanda baca
tanda nokhtah ( . )
- Digunakan untuk menunjukkan sesuatu ayat penyata itu sudah lengkap maknanya.
Contoh ayat - Ab Ghani sedang membaca buku cerita yang bertajuk Sang Kancil dengan Sang Buaya.
Tanda Koma ( , )
-Digunakan untuk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca dan membezakan perkataan tunggal atau kumpulan perkataan.
Contoh ayat- Di kebun Pak Ali terdapat pokok durian,rambutan,manggis dan jambu.
- Walaupun Abu kaya,dia tidak sombong.
Tanda Tanya (? )
-Digunakan dalam ayat tanya
Contoh ayat- Di manakah sekolah kamu?
Siapakah nama awak?
Tanda Seru ( ! )
-Digunakan dalam ayat seruan untuk melahirkan sesuatu keadaan perasaan,seperti hairan,sakit,takut dan sebagainya.
Contoh ayat - Amboi,besarnya rumah awak!
Cis,rupa-rupanya engkaulah pengkhianat bangsa!
Tanda petik ("-----")
-Digunakan dalam ayat cakap ajuk,iaitu percakapan seseorang yang ditulis semula secara bulat-bulat sebagaimana yang diucapankannya.
-Digunakan dalam ayat yang berdasarkan petikan sesuatu rencana atau tajuk syair,karangan dan bab buku.
Contoh ayat-"Saya suka membaca buku",kata
Ani kepada Lina.
-Mereka menyanyi lagu "Setia"
dengan penuh semangat.
Tanda Sempang (- )
-Digunakan untuk menyambung unsur-unsur kata ganda
-Menyambung suku kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris.
-Merangkaikan awalan ke- dengan angka,tahun dengan akhiran -an,se- dan awalan asing seperti pro- dan anti- dengan kata nama khas.
Contoh ayat-Belajarlah rajin-rajin supaya lulus dalam peperiksaan.
-Azurah akan menyambut hari jadinya yang ke-12 pada 2 Januari ini.
Tanda titik bertindih ( : )
-Digunakan pada akhir suatu pernyataan apabila diikuti suatu pemerian atau penjelasan.
-Dalam teks drama selepas kata yang menunjukkan pelaku dalam percakapan.
Contoh ayat-Barang-barang yang perlu dibeli ialah :
buku,pen,pensel dan dakwat.
-Kakak : Jangan lupa pesan kakak tadi, Amir.
Amir : Baik,kak.
Ibu menyuruh Amin pergi ke kedai untuk membeli serbuk teh kopi gula dan garam Di pertengahan jalan Amin berjumpa dengan rakan rakannya iaitu Ali dan Abu Mereka sempat berbual bual
Ali Ke manakah awak pergi Amin
Amin Saya hendak pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu saya
Abu Amboi rajinnya awak
Amin Terima kasih saya pergi dulu
Ali Ke manakah awak pergi Amin
Amin Saya hendak pergi ke kedai untuk membeli barang yang dipesan oleh ibu saya
Abu Amboi rajinnya awak
Amin Terima kasih saya pergi dulu
Anda juga boleh menjawab soalan secara online melalui link di bawah:
LINK SOALAN:
(kredit untuk PKG Seri Ampang)
